Sunday 15 April 2012

PRU13 sudah terasa bahang panasnya..bila????

Kalau kita dengar politik kedai kopi banyak cerita2 yang timbul, ada yang mempertahankan party sedia ada, tidak kurang juga yang mengutuk dan cuba untuk memperkenalkan parti baru yang baru saja mula bertapak disabah. Tidak kurang juga yang mengutuk parti baru itu..kerana kata mereka parti itu adalah parti buangan...apa yang dimaksudkan parti buangan itu..saya pun kurang arif, yang pastinya politik kedai kopi sekarang ini semakin panas.


Cerita terbaru yang saya dengar ialah kemunculan beberapa muka baru didalam arena politik, apakah mereka ini arif berpolitik atau tidak, terpulang kepada setiap individu yang sudah bergelar pengundi untuk menilai sama ada orang2 seperti mereka2 ini boleh membela nasib mereka didalam memperjuangkan hak2 mereka sebagai rakyat.


Politik kedai kopi juga banyak memperkatakan tentang senario politik disabah...hebat...ada yang sanggup bertikam lidah hanya kerana mahu mempertahankan parti masing2..tapi nampaknya parti pembangkang sangat hebat diperkatakan sekarang..ada yang menggatakan bahawa mereka ingin menukar baju...saya pun kurang arif apakah maksud mereka itu, tapi..nyata sekali ada yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan yang diterajui oleh sesetengah pemimpin dikawasan masing2..Ada juga yang mengutuk kerajaan..ada juga yang berpihak kepada parti pembangkang..Saya sangat teruja untuk menanti kemunculan PRU13 ..kerana mengikut tinjauan saya dan juga desas desus dikedai kopi..Parti pembangkang mempunyai peluang yang besar untuk memenangi beberapa buah kerusi disabah..bagi saya PRU13 adalah sesuatu yang bakal mencipta satu lagi sejarah dalam sejarah politik di Sabah...


Mampukah parti local Sabah seperti parti SAPP bersaing dengan parti politik yang sedia ada di Sabah sekarang ini?????kita kena tunggu dan lihat didalam PRU13 ini...dan saya percaya parti yang dianggap parti Bilis oleh sesetengah orang ini akan melakar satu lagi sejarah dalam arena politik Sabah...


Bila PRU13????sekarang banyak desas desus yang menggatakan bahawa PRU13 akan diadakan dalam bila2 masa sahaja..seawal2nya sebelum pesta kaamatan di Sabah...atau selewat-lewatnya bulan Jun..masa cuti sekolah...sejauh mana kebenaran khabar2 angin ini..kita kena bersabar dan mungkin parti2 pembangkang di Sabah akan punya waktu yang cukup untuk memperkukuhkan jentera pilihan raya mereka...


Mampukah parti2 pembangkang menandingi keupayaan kerajaan sekarang untuk memenangi hati rakyat???dengan adanya BR1M..dan kemudahan2 lain yang diujudkan oleh kerajaan sekarang?apakah rakyat masih lagi berpihak kepada kerajaan setelah banyak permasalaan timbul mengenai dengan tanah adat dan sebagainya????apakah isu ini kuat untuk membuat rakyat berpaling tadah dengan kerajaan???kita semua berharap agar setiap kita mampu berpikir dengan sewajarnya..untuk kebaikan bersama terutama sekali golongan muda dan generasi akan datang...


KATA ORANG..BIJAK BERPIKIR...AKAN BEROLEH KESEJETERAAN KELAK...

No comments:

Post a Comment