Thursday 12 April 2012

SEORANG IBU SANGGUP MEMBIARKAN ANAKNYA MENJADI MANGSA KEKASIH?????

Lapuran Daily Express pada 8hb. March 2012 bersamaan dengan hari khamis menggatakan seorang ibu lebih mementingkan keperluan kekasihnya sendiri dari menjaga keselamatan anak gadisnya yang kini berusia 12 tahun. Kerana kasihnya kepada kekasihnya yang berumur 43 tahun dan bekerja sebagai pemandu taksi, dia sanggup membiarkan anaknya diranap oleh lelaki yang berhati binatang itu. Anak2 wanita itu tinggal bersama dengan nenek mereka dan ketika kejadian berlaku, ibu gadis itu menghantar anak gadisnya kepada lelaki yang juga kekasihnya dan menggatakan kepada anaknya bahawa kekasihnya ingin memberikan kepadanya hadiah yang paling istemewa sempena hari lahir gadis sunti itu.


Mengapa masih ada wanita yang berhati binatang, tidak berprikemanusiaan, wanita seperti ini tidak layak dipanggil manusia. Dia sanggup menyaksikan sendiri perlakuan kekasihnya terhadap anak gadisnya..mala sanggup merakamkan perlakuan kekasihnya terhadap anak gadis itu. Sungguh tidak berhati perut. Semoga dia menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Gadis itu membuat laporan polis kerana bimbang mangsa seterusnya adalah adik perempuan mangsa.

No comments:

Post a Comment