Thursday 12 April 2012

Rindu ku pada ayah...

bersyukur lah kepada yang masih lagi mempunyai kedua orang tua..sayangilah mereka, jangan lukakan hati mereka..kerana tanpa mereka kita tidak akan ujud didunia ini. Bersyukur juga kepada mereka yang masih lagi mempunyai ayah..kerana bila saja salah satu daripada keduaorag tua kita pergi meninggalkan kita untuk selamanya..kita akan menyesal kerana tidak menumpuhkan perhatian kepada mereka ketika mereka masih hidup.

Ada sesetengah orang merasa dibebani oleh masalah bila orang tua tinggal bersama mereka..terutama sekali orang tua mereka sudah nyanyuk dan perlukan perhatian dan penjagaan sepenuhnya. ada diantara mereka yang sanggup menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan orang2 tua...setelah sekian lama orang tua mereka menjaga dan membesarkan mereka...namun tegah sekali mereka menghantar orang tua mereka kerumah kebajikan itu..bagi mereka orang tua nyanyuk sangat2 membeban kan..

Kalau ayah saya masih hidup, saya pasti akan berusaha untuk membuat dia gembira..tapi sayang, ayah saya telah pergi 8 tahun yang lalu..namun aku tidak menyesal kerana kewajiban ku sebagai anak telah aku jalankan dengan sebaiknya. Ayah ku terlantar dihospital selama 2 bulan..dan aku yang menjaga dia menjadikan hospital adalah rumah kedua ku..pagi pergi office dari hospital..petang pulang dari kerja juga pulang dihospital. Namun aku tidak pernah merungut walau sedikit sekali pun..aku ingin sekali melihat ayah ku  sembuh seperti sedia kala..namun takdir telah menentukan segalanya..akhirnya pada 28.02.2004 jam 6pm..ayah ku menghembuskan nafas terakhir dipangkuan ku dan adik perempuan ku....Aku sangat sedih dan adakalanya aku akan menanggis bila merindui ayah ku...

Nampaknya kali ini aku agak emosi...tiba2 aku rindu pada ayah ku...aku kena berhenti dulu....chauuuuuu


No comments:

Post a Comment