Tuesday 1 May 2012

Anda ingin tahu????

LELAKI & WANGIAN

Tahukah anda bahawa lelaki kini lebih suka kepada wangian berbanding dengan wanita..mengikut kajian jualan minyak wangi lelaki dan wanita..jualan minyak lelaki meningkat 12% pada tahun 2011 berbanding dengan wanita hanya naik 9% sahaja pada kiraan tahun yang sama. Ini bermakna lelaki lebih cenderung kepada pemakaian minyak wangi berbanding wanita.

KEKUATAN SOLEKAN

Setiap wanita ingin sentiasa kelihatan cantik, kalau boleh mereka ingin sentiasa kelihatan anggun dan lawa dimata umum...maupun diantara pekerja wanita dipejabat mereka. Justru itu kebanyakan wanita akan sanggup berbelanja beratus ringgit hanya kerana membeli alat2 solek yang berjenama. mungkin sebab itu lah mereka lupa tentang pembelian minyak wangi..Tapi untuk kepejabat..sedikit solekan sudah memadai, dengan mengoleskan pelembap bibir berwarna merah jambu atau warna lembut..(mengikut keserasian kulit masing2) tak perlu bersolek berlebihan kerana ini hanya akan mencacatkan penampilan anda kepejabat. solekan tebal hanya sesuai untuk menghadiri sesebuah parti.(apa jua jenis parti)

CANTIK BUAT ANDA BAHAGIA

Menurut penelitian Jurnal Personal Relationships, kebahagiaan wanita bergantung kepada penampilannya.Jadi, tidak salah bagi setiap wanita untuk mempercantikkan diri dengan menjaga tubuh badan dan wajah agar sentiasa cantik, sihat serta awet muda..pilihlah mana2 product yang anda rasa sesuai dengan diri anda..misalnya mengamalkan Catalyst product...(chewahhh  buat promotion pula aku ni )
INGIN RAMBUT LEBIH KUAT

Bagi anda yang mengalami yang mengalami kerosakan rambut yang teruk, rambut yang mudah patah dan gugur, anda disarankan untuk mengambil Omega 3 yang terdapat dalam salmon dan kekacang. Anda juga boleh mencuba product Catalyst VCO (Virgin coconut oil) 

TEH UNTUK KULIT

Kajian menunjukkan polyphenol yang terdapat dalam teh membantu melawan kerosakan kulit akibat sinaran UV. Sejauh mana kebenaran kajian ini, anda kena amalkan sendiri meminum teh mulai dari sekarang.

TUMIT PECAH

 Untuk merawat tumit kaki yang kasar dan pecah, rendamkan kaki anda ke dalam air suam dan gosoklah bahagian tumirsebut. anda juga disarankan supaya menggosok tumit yang kasar dan pecah tu dengan batu yang diambil dari sungai..jika diamalkan selalu kulit kasar dan pecah pada tumit kaki anda akan dapat diatasi. Jangan lupa oleskan dengan menggunakan VCO selepas membersihkan tumit kaki anda.

Nampaknya saya sudah banyak menulis pagi ini...saya berhenti dulu...jumpa lagi...chauuuuuuuuuuuuu


No comments:

Post a Comment