Wednesday 9 May 2012

Kurang air jejas emosi..

Menjaga keperluan air di dalam tubuh bukan hanya sekadar saranan semata - mata, tetapi mempunyai manfaat tersendiri. Bagi anda yang sering menahan dahaga, sebaiknya cuba jauhi kebiasaan tersebut. Melalui sebuah kajian di Amerika's University Coneccticut mendapati bahawa dehidrasi ringan boleh mempengaruhi emosi, tenaga dan kemampun seseorang berfikir secara waras.

Dehidrasi ringan selepas melakukan aktiviti fizikal, baik berjalan kaki selama 40 minit, mahupun duduk tanpa minum air dalam tempoh yang lama, boleh memberi kesan buruk yang sama.

Rasa haus memang akan berlaku setelah tubuh kekurangan air sekitar 1 hingga 2 peratus. Namun, ketika sudah mencapai titik tersebut sepenuhnya, tanpa disedari dehidrasi sudah mempengaruhi prestasi tubuh dan fikiran.

Dehidrasi ringan bagi wanita boleh menyebabkan kelelahan dan pening kepala, sehingga sukar untuk memberikan tumpuan.  Sementara itu, bagi lelaki pula dehidrasi ringan akan membuat beberapa kesukaran dalam menjalani tugas-tugas yang berhubung dengan mental, khususnya pada aspek disiplin dan memori, serta rentan mengalami keletihan, ketegangan dan kebimbangan.

Demi menjaga kecukupan air di dalam tubuh, para pakar merekomenkan untuk minur air sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari, selain daripada itu, tambahkan pengambilan buah2an yang mengandungi banyak air.

No comments:

Post a Comment