Tuesday 15 May 2012

Belajarlah untuk bersyukur..

Dalam mengharungi kehidupan dimuka bumi yang indah ..ciptaan dia yang maha kuasa ini...macam2 pengalaman yang kita alami. Baik yang pahit mahu pun yang manis. Terkadang, kita sebagai insan kerdil, mengeluh bila saja kita menjalani kesulitan dan keperitan hidup..ada juga yang akan mempersalahkan Tuhan kerana menurunkan berbagai dugaan yang harus ditanggung oleh sesetengah individu.

Sebenarnya Tuhan tidak pernah bersalah..Tuhan memberikan kita dugaan kerana dia mahu melihat ketabahan kita menghadapi keperitan hidup..dan ingin kita berusaha lebih gigih untuk memperbaiki ekonomi kehidupan. Namun ada sesetengah orang yang mengharapkan rezeki kilat. Rezeki tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha mencarinya. Kita memohon supaya Tuhan memurahkan rezeki setiap kita..tapi kalau tidak dicari dan diusahakan..maka anda tidak akan memperolehi  segala kesenangan hidup.

Sebagai contoh..pasangan suami isteri yang tidak punya pelajaran..tinggal disebuah pondok yang agak sempit dan mempunyai 2 orang anak...pasangan ini tinggal jauh dihujung kampung...tapi disebabkan mereka mempunyai satu semangat yang ingin berusaha, untuk mencari keselesaan hidup...maka Tuhan memberkati  dan memurahkan rezeki mereka..sehingga mampu memperoleh kehidupan yang selesa..walaupun hidup dalam penuh kesederhanaan..namun kehidupan mereka gembira sekeluarga..

Sebenarnya Tuhan tidak pernah membelakangi umat2nya, Tuhan tidak pernah mahu memberikan kesengsaraan hidup kepada kita semua, cuma kita yang tidak pernah bersyukur atas segala apa yang kita perolehi. Terkadang ada juga yang berfikir, segala harta kekayan yang mereka ada, bukan pemberian Tuhan..tapi atas usaha mereka sendiri...tidak kah mereka ingat bahawa tanpa berkat dari Tuhan, segala apa yang dimiliki tidak akan kekal..ada masa ia akan musnah ditimpah musibah.

Belajarlah untuk bersyukur...bersyukur atas segala hal..walaupun dalam susah mahupun dalam kesenangan. Kerana bersyukur adalah satu perbuatan dan cara kita berterima kasih pada tuhan kerana memberikan kita kehidupan dimuka bumi ini...


No comments:

Post a Comment