Friday 18 May 2012

Tulah Tumit Tinggi...

Benarlah jika ada yang berkata "BEAUTY IS PAIN". Adakalanya untuk tampak bergaya anda perlu pengorbanan, tetapi berbaloikah pengorbanan jika nya yang jadi taruhan.

Wanita yang ingin kelihatan cantik, tampil dengan gaya yang menarik dan sexy...mereka sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli kasut tumit tinggi yang berjenama, tanpa memikirkan akibat ataupun kesan daripada pemakaian kasut tumit tinggi ini. Saya percaya kebanyakan wanita tahu akan kesan kasut tumit tinggi ini pada kesihatan tubuh badan wanita sendiri..

Antara kesan yang banyak dihidapi oleh wanita yang suka menggayakan sepatu tumit tinggi ialah kedudukan jari2 kaki menjadi begitu rapat, malah ada yang ibu jari mereka membengkok dan bertindih diatas jari yang lain. Ini disebabkan tekanan terhadap bahagian sisi ibu jari kaki dek kerap bergeser dengan kasut. Ia juga dikenali sebagai bunion. Keadaan ini biasanya dihidapi oleh wanita yang kerap memakai kasut tumit tinggi yang bermuncung tirus. makanya adalah dinasihatkan kepada wanita yang suka memakai kasut tumit tinggi jenis tirus agar sentiasa berwaspada agar jari kaki tidak mengalami kecacatan.

Pemakaian kasut tumit tinggi juga sering dikaitkan dengan kesuburan wanita. Menurut pakar kesihatan wanita yang berpusat di London, Dax Moy, berdiri dalam keadaan yang tidak seimbang boleh membawa kesan buruk kepada organ dalamanserta menjejaskan kesuburan wanita. Risiko ini berganda kepada wanita yang sering menggayakan kasut tumit tinggi, setinggi 12 sentimeter.

Menggayakan kasut tinggi juga membahayakan pada wanita hamil, kerana besar kemungkinan mereka akan mengalami kekejangan otot bila terlalu lama menahan bebanan akibat kasut tumit tinggi ini. dinasihatkan agar wanita hamil menghindarkan diri dari memakai kasut tumit tinggi ketika mereka terhindar dari sebarang penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan.

Seorang saintis dari Itali Dr.Maria Cerruto menggatakan bahawa ada juga kebaikan kepada wanita yang sering memakai kasut tumit tinggi ini..antaranya ialah meningkatkan kekuatan otot2 pelvis. sejauh mana kebenaran kajian ini...wanita sendiri yang merasakan nya....

Selamat membaca.....

No comments:

Post a Comment