Monday 7 May 2012

Z Joy part 2

Z Joy telah berjaya menamatkan pengagiannya dalam bidang kedoktoran dan kembali ke tanah air dengan hati yang gembira. Z Joy tidak pernah memadamkan niatnya untuk menjadi seorang Father gereja..dia mengambil jurusan kedoktoran hanya kerana memenuhi kehendak neneknya, kerana dia tidak ingin menyakiti hati nenek yang telah membesarkan dia sehingga dia berjaya mencapai tahap kehidupan yang baik dan selesa.

Setelah berehat beberapa waktu, Z Joy mendapat berita bahawa seminar kelayakan untuk menjadi seorang father akan diadakan disekitar kota kinabalu dan terbuka kepada mereka yang bercita cita untuk mengabdikan diri dalam hal2 keagamaan..Z Joy sangat gembira mendengar berita itu dan dia datang untuk menghadiri seminar itu yang diadakan selama seminggu. 

Z Joy sangat2 berharap agar dia akan terpilih untuk dinobatkan sebagai salah seorang peserta yang layak untuk menjadi Father gereja, diakhir seminar...semua peserta berdebar debar..menunggu pengumuman dari ketua seminar..dan akhirnya nama yang layak ialah Z joy...dia melonjak gembira kerana akhirnya dia berjaya mencapai cita2nya untuk menjadi Father.

Hari berikutnya, tiba masanya Z Joy akan dinobatkan menjadi Father digereja, ramailah orang kampung Z Joy datang untuk menyaksikan upacara itu, ayah Z Joy juga ada bersama..suasana sungguh meriah dan Z Joy tak henti2 mengucapkan syukur kepada tetamu yang hadir. Tiba2 dia melihat ayahnya berbicara dengan seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada Z Joy..dia memohon maaf kepada Z Joy kerana dia tidak menjalankan kewajibannya sebagai seorang ibu..dia pergi meninggalkan Z Joy tanpa meninggalkan sebarang pesan. Ayah Z Joy menerangkan kepada Z Joy mengapa mereka berdua berpisah, ini semuanya angkara nenek Z Joy yang tidak merestui perkahwinan ayah Z joy dengan Ibu Z joy. Z Joy mengerti dan kini merasa sangat gembira kerana kedua orang tuanya bersatu kembali dan yang paling mengembirakan sekali ialah kedua orang tuanya merestui jalan hidup yang dia pilih....

maka berakhirlah cerita pendek mengenai Z Joy ni...selamat membaca..

No comments:

Post a Comment