Wednesday 23 May 2012

Dugaan itu kehendak dia...

Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Tuhan sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Tuhan tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah
untuk akrab dan dekat denganNya...
Oleh itu jangan menyesali takdir yang menimpa kamu..kerana segala yang berlaku pasti ada hikmah disebalik nya..Tuhan ingin memberikan kita kesedaran agar kita senantiasa berhati-hati dalam meniti landasan kehidupan yang sebenar...seseorang yang tabah menghadapi segala dugaan hidup akan beroleh kesenangan diakhir penderitaan....Percaya lah!!!

No comments:

Post a Comment