Saturday 19 May 2012

Adakah takdir penentu segalanya..

Jika anda ditakdirkan bercinta dengan seseorang yang berperangai macam syaitan..penipu, pemabuk & penganggur..apakah anda masih mau meneruskan takdir ada bersama dia...apakah takdir itu tidak boleh dielakkan...apakah kita tidak boleh melawan takdir!!

Jika anda ditakdirkan hidup susah..apakah anda terus berserah pada takdir..berpuas hati dengan kehidupan yang   telah ditakdirkan buat kita..apakah kita tidak mahu melawan takdir itu..berusaha dengan sedaya upaya untuk memperbaiki ekonomi hidup agar kehidupan bertambah baik, walau mungkin tidak akan menjadi kaya raya, tapi sekurang-kurangnya akan keluar dari belenggu kemiskinan..

Semua takdir yang tersurat boleh diubah dengan usaha gigih, saya percaya takdir itu akan berubah..misalnya soal jodoh..jika memang kita ditakdirkan berkahwin dengan seseorang yang tidak dapat memberikan kebahagian kepada kita..kita boleh menghentikan takdir itu dengan cara perceraian..kalau dulu banyak wanita yang takut bergelar JANDA, tapi tidak pada zaman yang semakin canggih ini...JANDA hanya status..tidak pernah menjejaskan prestasi seorang wanita ..malah gelaran ini menguatkan semangat seorang wanita untuk berusaha gigih, memperbaiki kehidupan demi anak2 dan masa depan dia sendiri..

Oleh itu..jika anda menghadapi setuasi seperti diatas...yakinlah bahawa anda boleh meneruskan kehidupan walau bersendirian...jadilah seorang wanita yang tabah...jangan abaikan kebajikan anak anda...

Chau dulu...

No comments:

Post a Comment