Friday 11 May 2012

Ketika cinta itu berakhir..

Ketika cinta bertaut, segala rintangan diharungi dengan penuh ketabahan..hanya kerana ingin bersama dengan orang yang tersayang..keluarga membantah, sanggup kawin lari..tapi bila sudah patah hati tiada siapa yang harus dipersalahkan kerana kesilapan itu terjadi atas kebodohan sendiri..kerana cinta telah membutakan hati , sehinggakan tidak dapat membuat perbandingan.


Nasi sudah menjadi bubur, kalau masa boleh diputar semula keasalnya..pasti mereka2 yang pernah melakukan kesilapan didalam mencari pasangan hidup ingin memperbetulkan segala kesilapan dalam kehidupan lalu dan ingin mencari satu titik kehidupan yang lebih baik ...


Mungkin diantara kita ada yang sedang patah hati kerana ditinggalkan kekasih atau perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun punah hanya kerana timbulnya orang ketiga dan mungkin disebabkan hal2 remeh yang mendatangkan pertengkaran dan akhirnya membawa kepada perpisahan....perkawinan seperti ini sepatutnya boleh diselamatkan, tetapi timbulnya sikap ego masing2, maka akhirnya mahligai yang dibina roboh.


Setiap orang yang mengalami keruntuhan rumahtangga , pasti akan mengalami kemurungan..tidak dapat menggunakan akal fikiran dengan betul dikala menanggung kesakitan yang amat sangat. Namun sebagai seorang manusia kita seharusnya kuat dan menerima segala kesakitan itu dengan hati yang terbuka...jangan biarkan diri diselubungi  kesedihan..kehidupan harus di teruskan...Bangkit dan mulakan kehidupan baru dengan status baru ...


Diceraikan dan ditinggalkan ada lah sesuatu yang berbeda, diceraikan bermakna bekas suami masih hidup, ditinggalkan disebabkan salah seorang pasangan pergi tidak kembali lagi, adalah satu yang sangat menyakitkan...tapi zaman sekarang banyak yang ditinggalkan suami tidak dapat bertahan lama, paling tidak...hanya bertahan setahun..dan dia menemukan cinta yang baru..yang menjadi mangsa adalah anak2..diabaikan kerana asyik melayan cinta baru...tapi bila saja cinta berakhir maka mulalah mempersalahkan cinta...


Sebenarnya cinta itu tidak punya mata...cinta itu juga tidak buta..yang membutakan cinta adalah manusia itu sendiri...manusia tidak pernah menghayati erti sebenar cinta itu..seorang kawan menggatakan bahawa :-


Cinta itu seperti sulaman.
Tidak semua cinta terajut indah. Suatu saat mungkin kita kehabisan benang, 
dan berhenti ditengah jalan. Mungkin juga tangan kita tertusuk jarumnya.
Tapi semua itu tidak boleh membuat kita menyerah. Carilah benang pengganti dan percayalah,
saat tangan terluka, rasa sakit itu perlahan akan hilang. Demikian pula dengan cinta....
begitulah pengertian seorang kawan terhadap cinta...suatu ketika kiranya cinta itu sudah berakhir...jangan lah putus asa..cari pengganti..tapi harus berhati -hati, meskipun cinta itu indah..adakalanya ia berubah menjadi racun yang sangat berbisa..
Kadangkala cinta juga membuat seseorang hilang pertimbangan..cinta boleh membuat seseorang jadi sasau...tersenyum ketika bersendirian..tertawa dan menanggis saat hati digamit kerinduan...cinta begitu besar pengaruhnya....
Dihati kecil ini berkata...adakah cinta sejati buat aku???apakah dia adalah cinta yang telah tuhan ciptakan buat aku....mengapa kesakitan ini yang dia berikan pada ku..kiranya dia adalah cinta sejati ku...ahhhhhh!!!persetan dengan cinta...apa yang aku butuhkan adalah kasih sayang yang berkekalan...bagi ku cinta itu tidak kekal...kerana bila cinta sudah tiada dihati..maka cinta itu akan pudar dan lenyap dan beralih pada yang lain..tapi kasih sayang akan kekal..sampai bila2...


                           The End...hehhehehe!!!

No comments:

Post a Comment