Tuesday 1 May 2012

Cerita aku pagi ini....

Aku baru sehari kembali ke bumi Sabah yang tercinta...bukan aku tak suka kota Metropolitan yang agak sibuk dan pesat dengan pembangunan sana sini tu..tapi setiap kali aku ke kota tu aku pasti di serang FLU yang sangat teruk..dan sehingga kini flu aku belum sembuh lagi..malah melarat sehingga aku batuk tak sembuh2 lagi.

kerana flu & batuk aku membatalkan niat ku untuk menghadiri satu ujibakat yang diadakan disabah pada 28th April yang lalu..kalau tidak pada 27hb aku sudah balik ke sabah..melepas lagi lah aku ..aku sangat2 berminat untuk menghadiri ujibakat tu..nak test power adakah suara aku ni masih boleh digunapakai ke tidak...tapi peluang melepas pula...tapi tak apalah, mungkin tahun depan aku masih berpeluang untuk menghadiri ujibakat tu..o ya..ujibakat tu dipanggil Kilauan Emas..hehehehehe...

kelmarin adalah hari pekerja dan semua orang mengambil kesempatan untuk keluar membeli belah..apalagi dalam musim ni sales kat Padini banyak sangat, sampai mencacah 70%...tapi aku dah shoppink sakan  kat 1 Utama & di Curve..so malas nak bersasak sasak lagi kat 1B mall...mungkin sekarang disabah juga ada jualan murah besar2an coz dalam bulan mei ni adalah bulan perayaan..bagi orang2 disabah..so untuk melawat sabah baik anda semua merancang untuk datang pada bulan mei ni..

Pelancaran Pesta Kaamatan pada tahun ini ialah di Kuala Penyu, yang diadakan pada 1 Mei semalam...pagi ni belum baca paper lagi siapa yang telah dinobatkan sebagai ratu kaamatan peringkat daerah Kuala Penyu...so aku kena berhenti seketika...jap lagi nak pergi beli paper...chauuuuuuuuuuu dulu...

No comments:

Post a Comment