Tuesday 22 May 2012

Jalinan cerita kehidupan..

Pernah suatu ketika dulu...aku sesat dalam kegelapan...tanpa cahaya yang menerangi dunia kehidupan ku...aku meraba-raba dalam kegelapan berharap agar ada sedikit cahaya yang menyuluh lorong yang akan ku lalui menuju terangnya cahaya dunia..aku berusaha tanpa putus asa...namun aku kecundang dalam pencarian..

Namun begitu aku tidak pernah mengalah...dengan berbekalkan kecekalan dihati..aku terus berusaha hingga akhirnya aku menemukan jalan keluar dari dunia yang gelap ini...dan menuju ke lorong kehidupan yang disinari cahaya terang...rupanya tuhan masih lagi menyayangi aku..Dia tidak mahu melihat umatnya seperti aku terus menerus meratapi nasib yang hampir membuat aku putus asa dan hampir2 tergelincir dari landasan kehidupan yang sebenar...Terima kasih Tuhan kerana terlalu baik pada ku dan memberikan aku kehidupan baru walau terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan..

Hidup ku bahagia sekarang..melihat anak2 membesar dengan baik dan mempunyai kehidupan yang baik juga...aku tidak pernah mengajar anak2 ku membenci ayah mereka, meskipun mereka membesar tanpa perhatian dari seorang yang bergelar AYAH...mereka masih menghormati ayah mereka..

Masih segar dalam ingatan ku...kasih sayang yang telah dicurahkan oleh ayah ku kepada ku...dia seorang ayah yang baik...dia sayang kepada semua anak2nya...ketika saya berada didalam tingkatan 1, ayah masih memimpin tanggan ku bila menyeberang jalan raya..kawan2 ku memanggil ayah ku P. Ramlee kerana susuk tubuh ayah dan cara ayah berpakaian sebiji macam seniman tersohor tanah air P.Ramlee..aku bangga dengan ayah ku..

Ayah ku adalah bekas seorang guru, disebabkan ayah tidak sanggup berjauhan dengan keluarga dia terpaksa berhenti dari menjadi seorang guru, kerana ketika itu dia dihantar mengajar jauh dipendalaman. Setelah berhenti menjadi seorang guru, ayah ku bekerja disebuah kompeni yang agak terkenal, iaitu Pernas Sime Drby..sebagai supervisor dibahagian stor barang...

Begitulah serba sedikit cerita tentang ayah ku...namun kini semua itu hanya menjadi satu kenangan yang sangat berharga..ayah ku telah lama tiada...tinggal ibu sendiri menjalani kehidupan harian..kerana kami semua sudah punya kehidupan sendiri dan tinggal berasingan ibu..yang baiknya kami tinggal berdekatan dengan ibu..jadi ibu tidak akan merasa tersisih, kerana kami boleh melawat dia bila2 masa sahaja..dan kami akan cuba buat dia gembira walaupun dia tidak pernah memberikan yang terbaik kepada kami ...hanya anak2 tertentu yang menjadi perhatian dia...pada 31hb mei yang mendatang ini..kami adik beradik akan memberikan dia satu kejutan..iaitu gathering khas tuk mother's day..walau mother's day sudah berlalu tapi...tapi hari2 yang mendatang adalah hari2 buat ibu2...

selamat membaca.....daaaaaaaaaaaa

No comments:

Post a Comment