Sunday 13 May 2012

cetusan rasa dipagi hari....

Pagi ini  hujan turun dengan lebat sekali....rasa malas menguasi diri..kalau boleh mahu saja tidur sampai dinihari...namun mata tidak mahu lelap lagi...berbaring dikatil..mata terkepil-kepil...fikiran menerawang...akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjengkuk Blog...maka aku mula mengetok lagi......meluahkan apa yang ada diminda...

Dalam suasana seperti ini...aku merindukan seorang kawan untuk berbicara...berkongsi cerita semalam..namun pada siapa harus aku berbicara..pada AB...haaaaaaaaa tidak mungkin, kerana dia jauh beribu batu disana...diseberang laut cina selatan...hrmmmmmmmmm..mungkin sekarang ini dia tengah bersiap untuk kepejabat. Biarkan lah sahabat ku ini..aku tidak ingin menganggu dia...dia juga dibebani oleh tugas2 pejabat yang telah dimandatkan pada dia dan harus diselesaikan mengikut jadual..tapi..kata AB, besok dia balik kampung dan pasti hari ini dia tidak punya waktu melawat blog aku ni...

Petang nanti aku ada satu Mesyuarat (AGM), segala persiapan untuk mesyuarat tu dah disediakan...aku hanya berharap agar perjalanan mesyuarat itu nanti lancar tanpa sebarang halangan...
Nampaknya hujan semakin lebat...tidak ada tanda2 untuk mahu berhenti..mungkin hari ini akan hujan sampai kepetang...aku hanya berharap agar hujan berhenti ...agar mesyuarat Agung petang ni berjalan lancar...

aku dah ketandusan idea....aku chau dulu..selamat membaca...

No comments:

Post a Comment